READ AUDIOBOOK ☆ Aku Melayu di Kota Inggeris - by Muhaimin Sulam

Aku Melayu di Kota Inggeris By Muhaimin Sulam,

  • Title: Aku Melayu di Kota Inggeris
  • Author: Muhaimin Sulam
  • ISBN: 9789673610747
  • Page: 168
  • Format: Paperback
  • Aku Melayu di Kota Inggeris merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air, di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah Inggeris Kukongsi catatan setengah dekad suka duka kepada yang ingin membacanya Membaca tentang episod separuh jiwa yang tersiat dalam mencari makna kehidupan Hidup mera Aku Melayu di Kota Inggeris merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air, di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah Inggeris Kukongsi catatan setengah dekad suka duka kepada yang ingin membacanya Membaca tentang episod separuh jiwa yang tersiat dalam mencari makna kehidupan Hidup merantau di bumi asing memang tidak sama menempurung di kampung sendiri Telah ramai anak anak Melayu yang merantau, hidup jauh lebih mencabar Masing masing dengan cabaran mereka sendiri Sedikit kesempatan yang kumiliki terlalu kerdil untuk dikongsi baca.Sebelum matinya seorang anak Adam, berbekal titisan hikmah al Furqan, mutiara sabda Nabi junjungan Meminjam azimat sang pendekar silam, mantera tabib sufi dan kiasan pujangga Begitu juga dari bicara lembut bapa yang tidak pernah jemu ditelaah kembali Resah rindu seorang ibu Belajar daripada ajaran guru guru biasa yang luar biasa Sindiran kawan, cabaran musuh Mengembara di bumi asing sebenarnya merupakan proses belajar bertawakal, menguji sabar diri dan mencari erti diri sendiri.
    Aku Melayu di Kota Inggeris Aku Melayu di Kota Inggeris merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah

    One thought on “Aku Melayu di Kota Inggeris”

    1. My first Malay book in years It s a memoir of my UTP lecturer while doing his PhD in the UK It compares the UK s way of life with Malaysia s in terms of social, economic, politics, religion and education I guess Malay books aren t my forte, hence the 2 stars as I didn t enjoy it as much as I wish I had The comparisons and analogies were very well written but a bit vague at the same time a bit too elaborative Also, I was expecting him to explain of his studies there as I want to prepare for my p [...]

    2. Buku ini boleh saya katakan ringan.Tetapi buku ini pergi jauh, penulisnya tidak sekadar bermain seputar lingkungan masyarakat Malaysia yang pelbagai ragam di UK Dijengahnya masjid masjid di sana dan padang padang ragut luas terbentang mengenangkan bendang di kampung halaman.Mata penulis tidak memandang pinggan mangkuk mahal UK sebagai objek kenangan, tetapi menyentuh akalnya mengenai nasib labu sayung di bumi sendiri.Entah, saya pun perlu menyusun kata kata yang sesuai untuk mengulas buku ini.

    3. Bismillahirrahmanirrahim Menelusuri catatan travelog penulis selama berada di Bumi Hamlet membawa kita ke horizon ilmu yang luas Catatan perbandingan suasana di Swansea dan Malaysia mengandungi pelbagai isu merangkumi budaya, sosial dan politik Merantau atau hidup bermusafir mengajar erti kehidupan yang sebenarnya Kita bukan sahaja dapat mengenali tempat, budaya, adat resam dan pemikiran masyarakat asing Tetapi kita juga dapat mengenali diri kita yang sebenarnya Kagum dengan beliau yang melanjut [...]

    4. Susun kata yang teratur dan indah.Saya cukup terkesan dengan bab akhir mengenai pemergian ayah penulis yang disayangi.Walau bagaimanapun, travelog ini masih saya sifatkan kosong.Kebanyakan isi berbaur kritikan sosial serta politik perbandingan dengan tanahair sudah terlalu kerap diteroka oleh penulis lain Apatah lagi perihal carboot, beli pinggan mangkuk segala bagai, singgah Stadium Manchester Ugh Bosan Saya mengharapkan kupasan lebih tentang perjalanan PhD Aneh mengenangkan betapa tidak disebu [...]

    5. Membaca Aku Melayu di Kota Inggeris AMKI , lengkaplah trilogi pengembaraan ke Eropah Naskhah ini, serasanya boleh dijadikan pasangan IMMD Pengkisahannya hampir menjurus dan menekankan beberapa aspek yang sama Cuma yang membezakan si A parti politik U dan si B parti politik P Naskhah AMKI agak membosankan di tengah tengah bab mungkin kerana saya tidak gemar isu seputar politik , namun penulis harus dipuji kerana hasil tulisannya secara keseluruhan selalu membawa kita memikirkan tentang Tuhan.Seca [...]

    6. Aku Melayu di Kota Inggeris tercapai juga cita cita nak melawat kota Inggeris antara tempatyang saya sangat teringin nak pergi Bahasanya indah, tapi ringkas Walaupun bahsanya ringkas, tetapi isinya luas Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri Pendapat peribadi Aku Melayu tak perlu takut, tak perlu rasa rendah diri kerana aku juga hamba Tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Kaya Kita semua sama boleh berjaya asalkan lebih melihat dan menumpukan usaha untuk [...]

    7. Bagi saya, buku ini antara buku terbaik siri travelog yang saya baca Buku ini ringkas , namun menikam dengan penuh kemas, segala isu, segala hiruk pikuk kota London digali dengan penuh penceritaan yang membuat saya terasa ingin pergi ke sana.Saya begitu teruja mengetahui yang Dr Muhaimin Sulam menyambung pengajian di Swansea dengan duit sendiri, dan survirve di sana denagn biaya sendiri sementara menyudahkan PHD Bagi saya, itu pencapaian yang mengagumkan, kerana ramai di antara kita yang terlalu [...]

    8. Kisah dan pengalaman Dr Muhaimin Sulam ketika belajar di UK Pernah berjumpa dengan pengarang buku ni sekali masa Seminar Pemikiran HAMKA.Negara orang putih sangat unik Aku rasa sudah cukup bahagia kalau kita bandingkan sosioekonomi dan politik antara Malaysia dengan UK, UK akan menang.Aku rasa aku pulak nak pindah ke UK Melihat Malaysia yang sangat bobrok dengan politik yang kotor dan shit.

    9. Satu travelog yang menarik Namun terdapat beberapa fakta yang agak kabur atau lari dari konteks Diharap penerbit serta copy editor dapat memberikan penekanan yang lebih kepada isu ini di dalam buku buku mereka yang akan datang Oleh sebab kelemahan remeh tersebut, buku ini tidak dapat memenuhi potensi yang telah dijanjikan di dalam blurb nya.

    10. tidak banyak benda baru yang kita tidak tahu tentang kehidupan di UK dalam buku ini namun keupayaan penulis membuat refleksi, perbandingan dan mencungkil mutiara yang boleh diteladani mengikut perspektif beliau, menjadikan tidak rugi membaca buku ini.

    11. Ada berbelah bagi sedikit mengenai respond saya terhadap nukilan penulis Sungguhlah ada serba sedikit ilmu baru dapat digarap dari penulisan yang semacam diary entries Cerita pasal industri buat pelbagai barang besi dan set pinggan mangkuk, sesuatu yang tak dijangka akan jadi fokus, tapi okay lahhh untuk tambah pengetahuan kita yang tak pernah pergi UK ni Entah kenapa rasa macam penulis berdrama juga, walaupun ada macam nak justify sikap budaya orang Melayu, tapi ayat ayat tersirat rasa macam se [...]

    12. Buku yang bagi saya underrated isinya bagus, gaya penulisan kemas dan sangat puitis Saya suka cara penulis mengkritik segala pengalaman yang diperoleh secara dua hala, positif dan negatif Meski pengalaman yang diterima berbentuk positif, kebarangkalian kesan negatif masih dibincangkan Sudah tentu saya membelinya kerana merindui tanah Inggeris yang saya pernah duduki selama 4 tahun jadi gambaran ketika membacanya agak jelas dan mudah untuk dikenalpasti situasi dan konteks yang diceritakannya.Buka [...]

    13. Kalau anda suka buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama Mu oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, maka saya pasti anda juga menyukai buku ini.Pengalaman menjejakkan kaki di bumi asing, terutamanya di negara yang mana penganut Islam adalah minoriti adalah sangat berharga Fikiran menjadi lebih terbuka dan kita lebih menghargai ajaran Islam yang dianuti Selain itu, buku ini turut mengupas keadaan ekonomi, sosial dan politik di United Kingdom secara ringkas dan perbandingannya dengan tanah air Antara bab ya [...]

    14. Penulisan yang baik, observasi penulis sepanjang merantau melanjutkan pelajaran ke Swansea berkenaan masyarakat setempat dan juga komuniti minoriti muslim Observasi diselang seli dengan sisipan fakta sejarah, ataupun latar belakang perkembangan sosio ekonomi politik di UK Bahasa santai namun mampu menjentik minda pembaca Cuma ada satu reservasi pd pendapat penulis berkenaan pluralisma dalam beragama Adakah jika pihak berkuasa menyediakan peruntukan utk agama lain bg membesarkan ubah suai bina ru [...]

    15. Sebuah buku travelog tulisan Dr Muhaimin Sulam yg mampu membuka mata pembaca terhadap jurang mentaliti warga Malaya dan Inggeris Pembaca dijamah dengan pendedahan terhadap suasana, sistem, budaya dan sejarah di bumi Hamlet ini dengan sususan yg teratur.Kemapanan fikiran diperkukuh dengan penilaian dan perbandingan antara sesebuah entiti yg maju di negeri atas angin ini dan di Malaya Keindahan suasana di sana yg dilemparkan tepat ke muka pembaca ini mampu membuatkan sang pembaca berniat untuk men [...]

    16. Saya sangat suka travelog oleh Dr.Muhaimin ini Banyak maklumat mengenai kota london saya dapat tahu didalam buku yang sarat dengan ilmu ini Salah satu bab yang menarik minat saya ialah mengenai mak cik ke perpustakaan yang saya kira jarang sekali berlaku di negara kita Apabila ke perpustakaan kita dapat melihat berapa orang saja mereka yang agak berumur meluangkan masa di perpustakaan Ini mungkin juga kerana faktor masa dan juga kesihatan Apa pun buku ini sangat menarik minat saya Syabas kepada [...]

    17. Saya akan berdiri depan Muhaimin, senyum, dan menyentuh bahu beliau, dan berkata, Tak boleh kritikal lagikah bang.Aku Melayu di Kota Inggeris aka Buku Pasal Oversea Untuk Loser dan Dummies Yang Tak Dapat Kesempatan Pergi Oversea.

    18. minat baca catatan pengalaman macam ni memang semangat mai lain macam.Garapan penulis masa mengaji kt kota inggeris memang sedap.Segala macam benda dikongsikan.Sambil sambil compare dengan Negara sendiri.

    19. Tiga daripada lima bintang Travelog yang membawa kita ke bumi UK Membuka horizon pemikiran Mengujakan diri untuk merasa sendiri 4 musim di UK Mimpi apa salahnya bermimpi Kerana ianya percuma

    20. Sebuah coretan perjalanan yang sangat bermakna,tidak rugi untuk memiliki naskhah ini walaupun ia sudah lama diterbitkan.

    21. Satu buku catatan menarik seorang Dr Phd tentang kehidupan beliau di bumi UK Sesuai untuk bacaan santai, walaupun ada isu isu serius yang beliau bicarakan.

    22. Really enjoyed reading this book At the end of some chapters, there s a hidden messages or questions posed that kept me thinking I want to ship off myself and see the cultures there.

    23. Menggunakan bahasa melayu dengan baik Banyak pro eh belajar di bumi Inggeris Hingga nampak Malaysia ni cuma picisan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *