[☆ Langsir Biji Remia || ✓ PDF Download by ↠ Noor Suraya]

Langsir Biji Remia By Noor Suraya,

  • Title: Langsir Biji Remia
  • Author: Noor Suraya
  • ISBN: 9789670201139
  • Page: 252
  • Format: None
  • Duha, pandanglah mataku yang berbisik Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warnalalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia Duha Hafa anak tunggal Dr Hud Othman dan Puan Taslima Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.Sepuluh tahun berlaDuha, pandanglah mataku yang berbisik Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warnalalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia Duha Hafa anak tunggal Dr Hud Othman dan Puan Taslima Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah Kenapa dia berubah Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta ceritanya yang memikat Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso Gapena IX 1992 dan Hadiah Penghargaan Menulis Cerita Kanak kanak Mobil DBP 1998.
    Langsir Biji Remia Duha pandanglah mataku yang berbisik Kalau hati ini memang sebatang pena tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warnalalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia Duha Hafa anak t

    One thought on “Langsir Biji Remia”

    1. Aduhailesai membaca muka surat terakhir novel ni jiwa masih terbuai buai Mana taknyahasanya.nceritaannyanuh dengan kelembutan Noor Surayamakin dalam cintaku pada karyamu hehehe Duha Hafajan renyai di waktu dhuha Gadis comel yang periang Berkawan dengan Umairtetapi hanya melalui perbualan jendela.Sepuluh tahun berlaluUmair kembali semula ke rumah ini Cuba mencari kembali Duhanya Duha yang dirindui sepanjang 10 tahun perpisahan Namun Duha sudah tidak seperti dulu Wajahnya kini tertutup oleh purdah [...]

    2. Sejujurnya aku amat mengagumi watak Duha Hafa Duha Anak gadis yang periang yang ramah Si mata bundar yang cantik tersembunyi di balik purdah hitam Gadis yang walaupun pada mulanya takut dengan kelemahannya sendiri tetapi bangkit semula Andai saja memang wujud gadis seperti ini, memang aku pergi meminang untuk adik lelakiku mengarut Abaikan kih5 P Benar kata orang, cinta kalau hanya di mata tidak kekal lama Dulu Umair pernah sukakan Duha Mereka berdua adalah teman bicara jendela Saling berkongsi [...]

    3. Banyak pendidikan dalam Langsir Biji Remia Untuk Si Manis 17, tentulah terbuai dengan Si Duha, Umair dan Mukhsin Tentu terkesan dengan gelora rasa Duha, manisnya si Mukhsin dan masamnya si Umair Tentu sedar istilah cinta yang sebetulnya x semanis mana.TAPI untuk pembaca macam aku yang dah berzaman meninggalkan manisnya 17, amat amat terasa ketika menghadam karya Noor Suraya.Sindiran Noor Suraya pedas sekali seperit sindiran Duha terhadap Umair Sinis sekali penulis ini melaungkan pendirian berkai [...]

    4. Bersungguh saya ingin membacanya, lantas segera saya hubungi rakan saya, Hany untuk meminjam novel si manis 17 ini.Kalau cerita sedih, saya selalu menangis Langsir Biji Remia mampu membuatkan saya mengalirkan air mata.Cerita Umair Duha Dua rakan baik sedari kecil Mereka sering bermain bersama malahan berbual bersama melalui tingkap rumah masing masing Akhirnya terputus hubungan taktala Duha mengikut keluarganya balik ke India Dan barangkali ini andaian saya , Umair sambung belajar di sekolah asr [...]

    5. Kak Su, antara penulis yang aku kagumi Aku jatuh cinta dengan bahasa Kak Su yang lembut menyapa mata Teratur dan berseni Kak Su bercerita, menegur dalam sinikal yang halus Tulisan Kak Su sentiasa ada pengajaran.Seperti novel novel Kak Su yang terdahulu, novel ini juga tidak menghampakan aku Kisah hidup Duha Hafa yang berliku Penuh dengan dugaan Kak Su mengajar aku bahawa kekurangan itu bukan untuk merendahkan diri Tapi kekurangan itu merupakan satu kelebihan yang mungkin tak kita sedar.Novel ini [...]

    6. Sebelum beli buku ni, tertanya tanya juga, apa bendalah biji remia ni Yang terbayang kat fikiran ialah langsir yang digantungkan sekali dengan biji remia tu Lepas baca buku ni barulah tau apa remia tu Rupa rupanya remia tu buah kundang Biji remia tu biji buah kundang Langsir biji remia tu langsir yang berwarna biji kundang ataupun warna ungu Jauh betul perginya dari kundang ke remia heheBila baca kisah bagaimana muka Duha sebegitu, meleleh juga airmata Teringat kisah aku yang pernah alami perkar [...]

    7. Apabila rupa jadi ukuran , itulah akhirnya Sungguh aku suka ending cerita ini endingnya bagai ada cerita baru selepas ini walaupun at first , saya juga seperti Duha , tersentuh hati dengan tindakan Umair Tampak gentleman dan setia Namun sekejap aja , terus rasa menyampah haha nak tahu kenapa , kena la baca tapi jujurnya watak Umair tu watak common lelaki yang saya jumpa Awalnya tampak setia yang amat ,bila dah tahu kekurangan perempuan tu cepat je berubah hati Mudah benar Bunyinya macam si lelak [...]

    8. Saya tidak menyesal menjadi peminat Noor Suraya Setakat ini, semua karya beliau yg telah saya baca tidak pernah mengecewakan Tebal atau nipis buku NS, pengisian ilmunya cukup banyak.

    9. Duha Hafa Hud, Umair Ahmad Muhsin Amiruddin Ya, sangat manis sangat kisah Si Buruk dengan Peranggu Angin ini Sememangnya begitu, coretan Kak Su tak pernah mengecewakan

    10. Seperti biasa Noor Suraya menulis dengan gaya yang lembut dan membuai Novel ini membenarkan bahawa cantik itu datangnya dari hati.

    11. Penulis Noor SurayaPenerbit JS Adiwarna Sdn BhdISBN978 967 0201 13 9Harga RM 17.00M S 263Cetakan 1 2011Duha, pandanglah mataku yang berbisik Blurb Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna, lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat pada dia Duha Hafa anak tunggal Dr Hud Othman dan Puan Taslima Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semul [...]

    12. Noor Suraya tidak pernah mengecewakan saya, dan ini terbukti dengan penulisan beliau yang satu ini Bahasanya dan teknik penulisan beliau yang lembut ibarat membuai buai tika saya membaca buku ini Serasanya seperti sayalah si Dhuha Hafa yang cacat sebelah muka itu yang masih lagi mengharap pada Huud Zafran itu Membaca naskhah nukilan kak su sentiasa membuatkan saya kagum bagaimana menariknya sesebuah cerita itu dapat disusun dengan baik sekali Aduh, sungguh saya terbuai Satu elemen penting yang s [...]

    13. Bila Kak Su yang menulis, saya sangat menghayati keindahan bahasanya Saya jadi jatuh cinta dengan bangsa Melayu semula Mencintai indahnya bahasa orang Melayu, indah tutur bicara, adab adabnya Saya jatuh cinta bagaimana seorang dara itu menyimpan rasa cintanya dengan rasa hormat kerana maruah diri, terus belajar mengenali dirinya dan berusaha yang terbaik untuk Allah, Nabi dan keluarganya Kisah Duha Hafa dan Umair hanyalah dua watak dalam banyak banyak karya Kak Su Saya lebih menghayati jalan cer [...]

    14. Saya tersenyum membaca cerita ini Mula membaca muka pertama, saya tidak dapat hentikan bacaan sampai muka akhir Bahasanya lembut dan memikat hati.

    15. Asalnya saya bukan peminat novel Tapi saya kenal penulis ini melalui surat ungu untuk nuha Itu pun buku kawan Seterusnya jaja dan din Buku pertama kak su yang saya ada Lepas tu lamaaa saya tak follow up tentang novel kak su Sehinggalah mahadewi terbit Saya beli kerana mahu baca tentang nuha Dan pada masa yang sama saya baca juga tentang dahlia sebab mahadewi sequel 2 novel tersebut Itu pun saya baca dahlia lepas beberapa bulan saya selesai baca nuha Mahadewi saya beli 2016 rasanya Dan 2017 baru [...]

    16. 1 Setiap insan telah dipakejkan dengan ujian tersendiri.2 Bersama sama ujian didatangkan kebahagiaan yang manis, asal sahaja hati reda dengannya.3 Rupa paras yang cantik memang menjadi idaman semua tetapi ingatlah itu juga satu ujian 4 Akhirnya hati yang tenang, yakin kepada Allah swt , itulah hati yang mendapat kebahagiaan hakiki.

    17. kisah ini buat aku insaf diri dan aku mengakui nikmat yang ALLAH telah berikan pada aku hingga kini Subhanallah, kisah ini betul betul menginsafkan aku dan menyedarkan aku yang selalu terlupa dan leka dengan nikmat dunia yang mengasyikkan.

    18. Usai membaca LBR, saya bagai hilang kata kata untuk mengulasnya bagaimana Sehingga saat saya menaip entri ini pun, saya masih tercari cari kosa kata paling sesuai untuk berbicara tentang buku ini Karya karya Noor Suraya bagi saya amat sinonim dengan susunan kata yang indah dan manis, tidak terkecuali juga bagi LBR Pun begitu, setiap kali membaca karya beliau, bukan sahaja kata kata yang indah yang saya cari, tapi juga mesej yang ingin disampaikan oleh beliau lewat karya karyanya.Dalam LBR, isu y [...]

    19. Ini adalah novel pertama Noor Suraya ku baca Duha Hafa Hud, Umair Ahmad Muhsin Amiruddin Sangat suka, watak Duha memang menarik kuat dan lembut pada masa yang sama Muhsin juga seorang yang menyejukkan hati Kisah diceritakan penuh berhemah namun tetap ceria, bermula sejak Duha dan Umair masih kecil, berkawan rapat di sebalik langsir Selepas Umair balik dari luar negara, ada perubahan pada Duha Tak lama kemudian, Umair juga mengalami perubahan besar Asasnya mungkin kedengaran remeh tetapi agaknya [...]

    20. The novel that makes me miss the sound of an angklung The novel that makes me miss reading the six short stories that used to come monthly in my arwah abah s dewan sastera The novel that makes me miss to read syair in the kitchen while both my parents listened smilingly The novel that makes me miss anything that we call sastera The novel that makes me miss writing in a true sastera form, something i still can t manage to do And most of all, the novel that makes me miss the two greatest mosques i [...]

    21. Aku baca buku Noor Suraya sebab aku nak jinak dengan sastera Melayu Dan aku rasa Noor Suraya berjaya buat aku rasa tak berat dengan bahasa indah Melayu Ewah.Duha, awal awal lagi aku dah setuju dengan doa babahmu di Jabal Rahmah itu, jodoh dengan Muhsin Aku juga setuju dengan dadi dan tok yang asyik berleter padamu.Ok, sekian terima kasih.

    22. kisah hidup duha hafa yg manis saya nangis bila mengenangkan betapa tabahnya adis bernama duha yg dilakar kak dalam cerita ini sukaaaa dengan penamat yg manis untuk si mata cantik ini semua org berhak merasa baagia bukan

    23. kak su membuktikan kepada saya, cantik fizikal itu tidak pentingya belajar untuk menerima sesuatu yang buruklebih lebih lagi buruk rupa.terima kasih kak su

    24. Hadiah dari kawan Rejection hurts but life goes on There s always someone for someone Cerita yang indah dan bersahaja dan semestinya mengusik jiwa.

    25. Sy suka dengan buku ni Ceritanya simple tapi berkesan di hati Pendek kata, sy memang suka penulisan Noor Suraya Bahasanya lembut tp menusuk ke hati.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *